Title: LASKAR PELANGI
Poll : Should Reproductive Health subject be introduced in school?
EDUFEST 2010
Title: LASKAR PELANGI
Posted by BEDSA's admin at Tuesday, February 09, 2010 0 comments
Labels: PROGRAMS AND EVENTS
sekapur sireh dari pengarah program 'edufest' 2010
Assalamualaikum Wrh. Wbt.Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan Kaum Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda Serta Para Pejuang Islam Yang Tidak Jemu-Jemu Menyebarkan Dakwah Keseluruh Alam.Alhamdullillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya dan kurniaNya maka dapat saya memberi kata-kata pembuka untuk program “Education Festival 2010” anjuran Institut Pendidikan UIA.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Terutama sekali kepada warga INSTED, rakan-rakan Exco Persatuan Pelajar Pendidkan (BEDSA) dan khasnya kepada Dr. Nik Ahmad Hisham b Ismail dan Dr. Suhailah bt Hussein yang mana bertindak sebagai penasihat program ini dan telah banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada saya serta rakan-rakan Exco Persatuan Pelajar Pendidkan (BEDSA) untuk menjayakan “Education Festival 2010” ini.
Sekadar satu perkongsian,pada peringkat awal penyediaan kertas kerja untuk program “Education Festival 2010” ini, mencari tarikh yang sesuai telah menjadi kesukaran buat kami tetapi berkat kerjasama dan hasil perbincangan semua pihak akhirnya tanggal 5 hingga 11 Februari 2010 telah dipilih untuk program “Education Festival 2010” ini. Program “Education Festival 2010” diadakan khususnya untuk memberikan maklumat dan menyediakan bakal-bakal guru di Institut Pendidikan UIA tentang dunia perguruan kelak. Kepada siswa- siswi UIA secara amnya mereka akan diberi peluang untuk mendekati dunia pendidikan dengan lebih dekat sepanjang program ini.
Bertepatan dengan temanya iaitu “Education: A life-long process” program ini mempersembahkan beberapa sub-program yang menarik serta hiburan memadai. Antara sub-program dalam “Education Festival” adalah 1) BEDSA Sport Carnival (7.2.10), 2) Edu-Fest Film Show (8.2.10),3) Edu-fest Photo Booth (8-11.2.10),4) Teaching Material Exhibition(8-11.2.10),5) Edu-Fest Closing Caremony and Islamic Cultural Night.
Dengan adanya program ini,diharapkan komuniti UIA akan dapat lebih mengenali INSTED manakala siswa-siswi INSTED pula sendiri akan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang Institut ini serta dunia perguruan dengan lebih dekat. Semoga semua maklumat ini akan dapat membantu mereka dalam perkembangan intelek, sahsiah dan fizikal masing-masing bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahukan masyarakat yang hamonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Di harap penganjuran program “Education Festival 2010” ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada individu yang terlibat secara secara langsung dan tidak langsung .Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas komitmen dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha ini sebagaimana firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu” (Surah Muhammad : Ayat 7). Akhir kalam, setinggi – tinggi kesyukuran dirafakkan sekali lagi ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat yang telah diberikan. Semoga program“Education Festival 2010” ini akan berjalan lancar.
RBAEYAH BT ABDULLAH
Pengarah Program“Education Festival 2010”
Posted by BEDSA's admin at Tuesday, February 09, 2010 0 comments